Saturday, March 15, 2014

Projek Ternakan Ayam Belanda Wak Misai

Ayam belanda atau belah utara lebih dikenali dengan ayam piru atau nama lain yg lebih glamour ayam turkey adalah ternakan dalam kategori unggas. Kat kampung wak ni org panggil ayam kalkon dan ada juga yang panggil ayam kluk-kluk yang barangkali bersempena dengan bunyinya "kluk kluk kluk".

Selalu orang tanya kenapa pilih ayam belanda. Bagi wak ni antara faktor kenapa wak memilih menternak ayam belanda.

1) Wak yakin dengan pasarannya.
Maksudnya disini, sebelum menternak pun wak dah tahu kat mana nak jual. Ini faktor paling penting, bela lah apa jenis ternakan pun, tanam lah apa jenis tanaman pun, bisnes la apa jenis pun, janji tau tempat mana nak jual insya'allah tak ada masalah lambakan stok pada kita nanti.

2) Harga tinggi.
Untuk nak menjustifikasi kita bandingkan dengan ternakan yang sama kategori la ye.. Kita bandingkan dengan ayam kampung sebagai contoh. Ayam kampung ori mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dijual dan mencapai berat 1.6kg - 2kg pada harga RM15/kg. Ayam belanda boleh mencapai berat 4kg - 6kg boleh dijual pada harga RM25/kg untuk tempoh yang sama.

3) Kurang pesaing
Bisnes yang bagus adalah bisnes yang paling kurang pesaing. Nak lagi bagus kalau tak ada pesaing langsung, tapi itu memang sangat susah nak berlaku. Bila kurang pesaing ni permintaan akan selalu melebihi penawaran, jadi harga akan mantain cantik je.

4) Ia ternakan yang unik.
Yang wak maksudkan unik ni adalah lain dari yang lain. Kalau kat daerah wak ni memang tak ada orang yang bela ayam belanda dalam kuantiti banyak. Kalau ayam kampung kacuk, puyuh tu ada la.. Jadi bila wak berkawan dengan diorang, diaorang tak lokek untuk share ilmu sebab wak ni kategori lain dan takkan jejaskan market diaorang walau banyak mana pun belanda yang wak bela.

Ini adalah gambar masa first progress. Wak mula pada bulan Mei 2013 dan sampai post ni dah 10 bulan la. Wak naikkan sendiri reban ni. Orang kampung kata wak bela saka... hahahaa.. Mana ada saka, wak cuma pakai kata pepatah je.. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...



Ini Gambar selepas 7 bulan.. Alhamdulillah...




No comments:

Post a Comment