Sunday, March 16, 2014

Bagaimana Nak Mula Bela Ayam Belanda

Ni wak nak mengimbau kenagan lalu sikit dan wak kongsi kalau-kalau ia bermanfaat bagi sesiapa yang nak mula bela ayam belanda.

Wak mula bela dengan membeli anak ayam yg baru menetas umur 3-4 hari atau kadang yang advance panggil DOP (Day-Old-Poult). Wak orang kampung panggil anak ayam bayi la...hahaaa... boleh gitu???

Nak bela ayam belanda yang DOP ni jangan ambil mudah. Memang sangat cerewet. Risiko kematian tinggi 2 minggu pertama dan semakin berkurang hingga ke umur 3 bulan. Lepas pada tu maintain kebersihan reban Insya'allah ok.

Batch pertama wak beli 77 ekor anak, mati 7 ekor, sebulan selepas tu wak beli lagi 120 ekor mati 5 ekor untuk batch yang kedua dan kawan-kawan wak yang ada pengalaman bela kata excellent pencapaian wak dengan kadar kematian yang tidak sampai 10%. Biasanya bagi yang baru bela ayam belanda ni, kadar tersebut memang dah cukup baik.

Berikut wak kongsikan apa yang wak buat, mungkin cara wak ni sesuai dipraktikkan dan mungkin juga tidak, kalau ada pandangan yang lebih baik sila lah komen kat bawah ni ye..

Langkah 1: Langkah Persediaan.

Sediakan ruang-ruang kecil yang bertutup untuk anak ayam. Buat ruang 1.5'X3' untuk 20 ekor ayam. Ruang tersebut memang boleh memuatkan hingga 30-40 ekor tapi ia tidak sesuai disebabkan anak ayam suka berkumpul hingga tindih menindih antara satu sama lain apabila ianya dalam keadaan takut, sejuk atau tidur. Apabila mereka saling tindih menindih, ia meningkatkat risiko mati atau cacat disebabkan bahagian kaki atau kepak yang tersepit dalam tempoh yang lama.

Buat Ruang yang tertutup. Ia bertujuan untuk maintain haba didalam ruang tersebut dan mengelakkan nyamuk. Gigitan nyamuk akan menyebabkan penyakit puru, iaitu bengkak pada bahagian gigitan dan akhirnya berkudis.

Letakkan mentol dalam ruang tersebut untuk membekalkan haba. Anak ayam perlukan haba untuk tempoh sekurang-kurangya 2 minggu kerana anak ayam baru lahir tidak dapat kekalkan haba dalam badannya untuk metabolisma. Suhu yang sesuai bagi anak ayam DOC adalah 33C dan suhu diturunkan 1C setiap 2-3 hari. Ini bermakna pada hari yang ke 14, suhu yang sesuai adalah 26C. Pada waktu ni, kalau musim hujan dimana waktu malam adalah sejuk dan suhu mungkin sekitar 20C, perlu pasang lampu walaupun umur ayam sudah lebih 2 minggu. Tempoh ni di panggil tempoh 'brooding period' iaitu tempoh dimana anak ayam baru lahir hingga ianya tidak memerlukan haba untuk dibekalkan.

Ni reban kecik atau brooder hasil tangan wak la.. yang bawah ni saiz 3'X6' kemudian wah bahagikan lagi dalamnya kepada 4 bahagian yang setiap satu boleh masuk 20-30 ekor maksimum, ikut kesesuaian.


Yang bawah ni saiz 1.5'X3'


Langkah 2: Apabila Ayam Belanda DOP Ssampai Ketangan.

Sediakan air bersih dan makanan ayam starter (dedak halus). Ada tips dari penternak lain mencapurkan 2 sudu kecil gula dan sedikit garam ke dalam bekas minuman 4 liter. Ada juga yang mencampurkan air 100plus. Tapi wak gunakan air bersih je. Yang penting ruang mestilah selesa untuk anak ayam, tidak terlalu padat dan kawalan suhu sekitar 32-36C


Langkah 3: Apabila anak ayam mencapai umur 2-3 minggu

Pindahkan anak ayam ke ruang yang lebih besar dengan reban yang mempunyai pengudaraan yang lebih baik. Maksudnya kalau sebelum ni guna design reban tertutup, kalini kena buat reban yang terbuka. Contoh reban yang wak buat seperti kat bawah ni. Wak biarkan kat sini sampai umur 6 minggu.

Langkah 4: Apabila anak ayam mencapai umur 6 minggu

Pindahkan ke reban besar iaitu reban atas tanah. Reban ni lah tempat ayam-ayam ni membesar bagai johan hingga cukup umur untuk dijual (7-9 bulan).
Dalam tempoh membesar bagai johan ni, perkara yang paling penting adalah kebersihan reban. Nanti wak cerita macamana wak terlepas pandang tentang kebersihan ni hingga ayam-ayam wak kena penyakit berak hijau. Alhamdulillah wak lakukan langkah pantas dan ayam-ayam wak terselamat dari wabak penyakit yang cepat merebak tu. Tapi pun sempat juga mati 6 ekor ketika itu.

Ok SELAMAT MEMBELA sahabat2....Wish you best of luck pada sahabat-sahabat wak yang nak membela ayam belanda.

5 comments:

  1. suami akak mmg suka bela ayam,tapi ayam katek,ok lagi la,tai kalau bela ayam belanda rasanya tak sanggup..sbb akak takut ngan ayam belanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak tie blogger handalan melawat blog wak misai ni.. wak misai ni baru je belajar-belajar nak berblog. Tapi kak tie, ayam belanda ni sebenarnya dia cool je...dia pun spesis jinak, cuma mungkin badan dia yang besar dan muka dia yang agak ganas tu yang ramai macam takut je.. kalau dah disembelih, sodap tau daging dia.. heheee..

      Delete
  2. Mantap ulasannya kang, semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  3. Casino Poker, Live Dealer & More - CasinoBonusTips.com
    With more than 게임종류 200 무료슬롯머신 tables in a row, the Casino 플레이 포커 Poker industry is booming. The poker 뱃 플릭스 scene in the United 강원 랜드 썰 States continues to grow

    ReplyDelete
  4. Welcome to the #1 BetMGM Casino and Sportsbook app in
    Sign up for 부천 출장샵 a New BetMGM account and 화성 출장샵 bet online legally, securely, and easily 충청남도 출장안마 with a BetMGM sportsbook and 의왕 출장안마 casino. 제천 출장안마 Bet with BetMGM today!

    ReplyDelete