Sunday, March 16, 2014

Bagaimana Nak Mula Bela Ayam Belanda

Ni wak nak mengimbau kenagan lalu sikit dan wak kongsi kalau-kalau ia bermanfaat bagi sesiapa yang nak mula bela ayam belanda.

Wak mula bela dengan membeli anak ayam yg baru menetas umur 3-4 hari atau kadang yang advance panggil DOP (Day-Old-Poult). Wak orang kampung panggil anak ayam bayi la...hahaaa... boleh gitu???

Nak bela ayam belanda yang DOP ni jangan ambil mudah. Memang sangat cerewet. Risiko kematian tinggi 2 minggu pertama dan semakin berkurang hingga ke umur 3 bulan. Lepas pada tu maintain kebersihan reban Insya'allah ok.

Batch pertama wak beli 77 ekor anak, mati 7 ekor, sebulan selepas tu wak beli lagi 120 ekor mati 5 ekor untuk batch yang kedua dan kawan-kawan wak yang ada pengalaman bela kata excellent pencapaian wak dengan kadar kematian yang tidak sampai 10%. Biasanya bagi yang baru bela ayam belanda ni, kadar tersebut memang dah cukup baik.

Berikut wak kongsikan apa yang wak buat, mungkin cara wak ni sesuai dipraktikkan dan mungkin juga tidak, kalau ada pandangan yang lebih baik sila lah komen kat bawah ni ye..

Langkah 1: Langkah Persediaan.

Sediakan ruang-ruang kecil yang bertutup untuk anak ayam. Buat ruang 1.5'X3' untuk 20 ekor ayam. Ruang tersebut memang boleh memuatkan hingga 30-40 ekor tapi ia tidak sesuai disebabkan anak ayam suka berkumpul hingga tindih menindih antara satu sama lain apabila ianya dalam keadaan takut, sejuk atau tidur. Apabila mereka saling tindih menindih, ia meningkatkat risiko mati atau cacat disebabkan bahagian kaki atau kepak yang tersepit dalam tempoh yang lama.

Buat Ruang yang tertutup. Ia bertujuan untuk maintain haba didalam ruang tersebut dan mengelakkan nyamuk. Gigitan nyamuk akan menyebabkan penyakit puru, iaitu bengkak pada bahagian gigitan dan akhirnya berkudis.

Letakkan mentol dalam ruang tersebut untuk membekalkan haba. Anak ayam perlukan haba untuk tempoh sekurang-kurangya 2 minggu kerana anak ayam baru lahir tidak dapat kekalkan haba dalam badannya untuk metabolisma. Suhu yang sesuai bagi anak ayam DOC adalah 33C dan suhu diturunkan 1C setiap 2-3 hari. Ini bermakna pada hari yang ke 14, suhu yang sesuai adalah 26C. Pada waktu ni, kalau musim hujan dimana waktu malam adalah sejuk dan suhu mungkin sekitar 20C, perlu pasang lampu walaupun umur ayam sudah lebih 2 minggu. Tempoh ni di panggil tempoh 'brooding period' iaitu tempoh dimana anak ayam baru lahir hingga ianya tidak memerlukan haba untuk dibekalkan.

Ni reban kecik atau brooder hasil tangan wak la.. yang bawah ni saiz 3'X6' kemudian wah bahagikan lagi dalamnya kepada 4 bahagian yang setiap satu boleh masuk 20-30 ekor maksimum, ikut kesesuaian.


Yang bawah ni saiz 1.5'X3'


Langkah 2: Apabila Ayam Belanda DOP Ssampai Ketangan.

Sediakan air bersih dan makanan ayam starter (dedak halus). Ada tips dari penternak lain mencapurkan 2 sudu kecil gula dan sedikit garam ke dalam bekas minuman 4 liter. Ada juga yang mencampurkan air 100plus. Tapi wak gunakan air bersih je. Yang penting ruang mestilah selesa untuk anak ayam, tidak terlalu padat dan kawalan suhu sekitar 32-36C


Langkah 3: Apabila anak ayam mencapai umur 2-3 minggu

Pindahkan anak ayam ke ruang yang lebih besar dengan reban yang mempunyai pengudaraan yang lebih baik. Maksudnya kalau sebelum ni guna design reban tertutup, kalini kena buat reban yang terbuka. Contoh reban yang wak buat seperti kat bawah ni. Wak biarkan kat sini sampai umur 6 minggu.

Langkah 4: Apabila anak ayam mencapai umur 6 minggu

Pindahkan ke reban besar iaitu reban atas tanah. Reban ni lah tempat ayam-ayam ni membesar bagai johan hingga cukup umur untuk dijual (7-9 bulan).
Dalam tempoh membesar bagai johan ni, perkara yang paling penting adalah kebersihan reban. Nanti wak cerita macamana wak terlepas pandang tentang kebersihan ni hingga ayam-ayam wak kena penyakit berak hijau. Alhamdulillah wak lakukan langkah pantas dan ayam-ayam wak terselamat dari wabak penyakit yang cepat merebak tu. Tapi pun sempat juga mati 6 ekor ketika itu.

Ok SELAMAT MEMBELA sahabat2....Wish you best of luck pada sahabat-sahabat wak yang nak membela ayam belanda.

Saturday, March 15, 2014

Projek Ternakan Ayam Belanda Wak Misai

Ayam belanda atau belah utara lebih dikenali dengan ayam piru atau nama lain yg lebih glamour ayam turkey adalah ternakan dalam kategori unggas. Kat kampung wak ni org panggil ayam kalkon dan ada juga yang panggil ayam kluk-kluk yang barangkali bersempena dengan bunyinya "kluk kluk kluk".

Selalu orang tanya kenapa pilih ayam belanda. Bagi wak ni antara faktor kenapa wak memilih menternak ayam belanda.

1) Wak yakin dengan pasarannya.
Maksudnya disini, sebelum menternak pun wak dah tahu kat mana nak jual. Ini faktor paling penting, bela lah apa jenis ternakan pun, tanam lah apa jenis tanaman pun, bisnes la apa jenis pun, janji tau tempat mana nak jual insya'allah tak ada masalah lambakan stok pada kita nanti.

2) Harga tinggi.
Untuk nak menjustifikasi kita bandingkan dengan ternakan yang sama kategori la ye.. Kita bandingkan dengan ayam kampung sebagai contoh. Ayam kampung ori mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dijual dan mencapai berat 1.6kg - 2kg pada harga RM15/kg. Ayam belanda boleh mencapai berat 4kg - 6kg boleh dijual pada harga RM25/kg untuk tempoh yang sama.

3) Kurang pesaing
Bisnes yang bagus adalah bisnes yang paling kurang pesaing. Nak lagi bagus kalau tak ada pesaing langsung, tapi itu memang sangat susah nak berlaku. Bila kurang pesaing ni permintaan akan selalu melebihi penawaran, jadi harga akan mantain cantik je.

4) Ia ternakan yang unik.
Yang wak maksudkan unik ni adalah lain dari yang lain. Kalau kat daerah wak ni memang tak ada orang yang bela ayam belanda dalam kuantiti banyak. Kalau ayam kampung kacuk, puyuh tu ada la.. Jadi bila wak berkawan dengan diorang, diaorang tak lokek untuk share ilmu sebab wak ni kategori lain dan takkan jejaskan market diaorang walau banyak mana pun belanda yang wak bela.

Ini adalah gambar masa first progress. Wak mula pada bulan Mei 2013 dan sampai post ni dah 10 bulan la. Wak naikkan sendiri reban ni. Orang kampung kata wak bela saka... hahahaa.. Mana ada saka, wak cuma pakai kata pepatah je.. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...



Ini Gambar selepas 7 bulan.. Alhamdulillah...




Tuesday, February 18, 2014

Selamat datang ke blog wak...

Assalamualaikumwarohmatullahhiwabarokatuh...

Pertama-tamanya wak nak ucap terima kasih kepada pengunjung blog wak yang tak seberapa ini. Tak kira lah sama ada anda sengaja atau tidak terpaut ke blog ini diharap tulisan-tulisan dalam blog ini dapat memberi manafaat, berkongsi ilmu, dan menjadi rakan di ruang internet ini.

Wak ni sebenarnya baru sahaja belajar-belajar nak berblog jadi maaf la kiranya tulisan wak ada yang tak kena, info ala-ala saampah ke atau terkasar bahasa ke atau apa-apa je lah harap kelemahan itu dapat ditegur dengan sebaiknya.

Wak ni orang kampung, duduk pun di kampung.. Jadi kalau dah duduk kampung tu tak sah la kalau tak membela-bela haiwan ternakan. Wak ada bela ayam belanda. Jadinyer wak nak berkongsi lah pengalaman wak menternak ayam belanda disamping cerita-cerita bawah pokok yang wak rasa bermanafaat untuk dikongsi.

Disamping itu wak juga berhajat lah nak menjual ayam belanda yang wak bela ni kepada sesiapa yang berminat. Boleh contact wak la ye..

Jadinya kalau wak promo2 ayam wak ni jagan marah la ye. Ok la, tu sahaja untuk post pertama ni. Harap kita dapat jadi rakan internet dan rakan niaga yang baik.

Terima kasih.
Ikhlas..
Wak Misai.